Cegah COVID-19, Ini Sebab Anda Perlu Kerap Membasuh Tangan

Nur Syafiqah

Mencuci tangan merupakan salah satu cara yang terbaik dalam mencegah masalah kesihatan termasuklah menghentikan penularan virus COVID-19.

Terdapat juga kajian mengatakan sabun dan hand sanitizer merupakan antara solusi menghilangkan virus daripada permukaan kulit.

Menjaga kebersihan diri merupakan tanggungjawab diri yang wajib dijaga oleh semua orang. Bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri sendiri malah dapat memastikan kesejahteraan orang ramai.

Ikuti perkongsian dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberi penerangan mengapa kita perlu kerap membasuh tangan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia