Kapal peronda Kementerian Perhubungan Indonesia menemui beberapa cebisan daging dipercayai tubuh manusia pesawat nahas Sriwijaya Air, SJ183 di Kepulauan Seribu pada Sabtu lalu.
Kapten Eko berkata. mereka membuat rondaan selepas menerima aduan daripada nelayan yang mendengar bunyi letupan kuat seperti guruh.
“Pihak mereka ada menenui beberapa cebisan daging, mungkin milik dari penumpang,” jelasnya pada TV One.
Selain itu mereka juga menjumpai sisa tumpahan bahan bakar di kawasan perairan yang mempunyai sedalam 15 hingga 16 meter.
Terdahulu, BUpati Kepulauan Seribu, Gjunaedi telah mengesahkan pesawat Boeing 737 dalam perjalanan dari Jakarta ke Pontianak itu dipercayai terhempas di sekitar Pulau Laki.
Susulan daripada itu, Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) telah dikerahkan ke tempat kejadian.
Bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan di kawasan perairan tersebut.
Sumber: KOMPAS.com