Tindakan seorang lelaki membakar sebuah kereta dipercayai milik seorang wanita di Pangsapuri Seri Pagi, Taman Bukit Serdang kerana berang cintanya ditolak.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalangan berkata kejadian ini berlaku kira-kira jam 5.20 pagi ketika manga berada di rumah.
Memetik daripada laporan Sinar Harian, mangsa ketika itu dimaklumkan jirannya berhubung kejadian tersebut. Wanita itu terkejut kemudian turun dari rumah sebelum mendapati kereta miliknya sudah terbakar dan api sedang dipadamkan oleh pihak Bomba.
Berdasarkan penelitian daripada kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun di sekitar kawasan Bandar Kinrara, Puchong disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan.
Daripada siasatan awal mendapati bahawa kejadian tersebut berpunca daripada suspek tidak berpuas hati akibat cintanya ditolak oleh wanita berkenaan. Suspek berang cintanya ditolak sejak setahun lalu.
Bagaimanapun, semakan polis mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah dan hasil ujian air kencingnya juga negatif dadah.
Menurut polis, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian