Cara Yang Betul Bersihkan Topeng Muka Kain

Nur Syafiqah

Salah satu usahah untuk mencegah penularan COVID-19 di tempat awam, menteri kesihatan mensarankan untuk orang ramai mempraktikan penjarakan sosial beserta penggunaan topeng muka. Selain topeng muka pembedahan yang disarankan, topeng muka kain juga boleh menjadi alternatif lain.

Walaupun tidak berkesan menyaring titisan pernafasan seperti topeng muka yang digunakan dalam bidang perubatan, topeng kain masih boleh dipakai sebagai langkah pencegaha praktikal.

Seperti pakaian yang kita pakai, topeng muka juga kotor apabila dipakai. Penyerapan kuman dan peluh juga berlaku dan perlu untuk dibersihkan.

Menurut National Georaphic, cara terbaik unutk membersihkan topeng muka kain adalah dengan menggunakan cara yang sama mencuci pakaian anda yang lain.

Bahan pencuci pakaian berkasan terhadap mematikan virus korona. Bahan pencuci pakaian dan sabun tangan mengandungi serfaktan, yang mengurangkan ketegangan permukaan lapisan lemak dan memcahkan ikatan virus.

Selain itu, anda perlu sentiasa mempraktik cara menanggalkan topeng muka yang telah disyorkan. Pastikan tangan adan bersih, dan buka topeng dengan menanaggalkan tali di telinga. Elak pegang bahagian depan topeng muka.

Sumber: Mentalfloss