Badan Rasa Letih, Ini 7 Cara Berkesan Tingkatkan Tahap Tenaga Badan
Setiap hari, kita sering sibuk dengan kerja pejabat, aktiviti harian, urusan keluarga sehinggalah belajar.
Tidak dinafikan, semua ini memang memerlukan tenaga yang banyak secara mental dan fizikal.
Ada kalanya, kita terlepas pandang bahawa tubuh memerlukan perhatian tertentu untuk kekal bertenaga.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan tujuh cara berkesan untuk meningkatkan tahap tenaga badan, menurut portal Health.
1. Dapatkan tidur berkualiti secukupnya
Menurut portal Health, kebanyakan orang dewasa memerlukan 7-8 jam tidur setiap malam.
Kredit: ImageFXJika anda tidur secukupnya tetapi masih bangun dengan rasa letih, mungkin tidur anda tidak cukup nyenyak.
Anda boleh berjumpa doktor untuk mengetahui sama ada anda mempunyai gangguan tidur seperti apnea tidur, insomnia, narkolepsi atau sindrom kaki gelisah (RLS).
2. Bersenam secara berkala
Pengarah kanan sains dan penyelidikan di American Council on Exercise (ACE), Sabrena Jo menjelaskan bahawa apabila anda bersenam, badan akan melepaskan hormon adrenalin.
“Hormon ini membantu badan kita mengabaikan rasa sakit dan letih sambil meningkatkan aliran darah ke otot besar,” jelasnya lagi.
Kredit: ImageFXSesi senaman yang betul boleh memberi tenaga lebih daripada sebelumnya dan kesannya boleh bertahan beberapa jam. Ini kerana senaman anda seharusnya memberi tenaga, bukan melelahkan.
“Jika anda rasa terlalu letih selepas bersenam, itu tanda anda perlu kurangkan intensiti,” jelas Jo.
3. Makan diet seimbang
Portal Health menjelaskan yang ramai orang menganggap karbohidrat sebagai sesuatu yang "teruk", namun sebenarnya ia sumber tenaga yang penting.
Karbohidrat ringkas seperti gula-gula, soda, jus dan bijirin manis boleh memberi tenaga cepat, tetapi tenaga itu biasanya akan cepat habis.
Kredit: ImageFXManakala karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan beras perang pula membantu meningkatkan tenaga secara beransur-ansur.
Selain itu, terdapat juga kaitan antara rasa mengantuk berlebihan waktu siang dan pengambilan lemak tepu yang tinggi.
Makanan tinggi lemak tepu termasuklah seperti daging, mentega, keju, ais krim dan makanan goreng.
4. Dapatkan vitamin D secukupnya
Menurut portal Health, kekurangan vitamin D kadangkala sukar dikesan kerana tidak selalu menunjukkan simptom.
Kredit: ImageFXNamun begitu, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan keletihan dan menjejaskan kualiti tidur.
Mendapat vitamin D secukupnya melalui makanan kadang-kadang sukar, jadi doktor mungkin mencadangkan pengambilan suplemen.
5. Gunakan media sosial dengan betul
Portal Health juga turut menjelaskan bahawa media sosial boleh menyedut tenaga anda kerana dua sebab.
Antaranya ialah melihat gambar orang lain yang “sempurna” boleh membuat anda rasa rendah diri.
Kredit: ImageFXSelain itu, kandungan negatif mudah membesar dan memberi kesan kepada mood.
Menatal media sosial tanpa tujuan juga tidak membantu menyegarkan otak, malah boleh membuat anda rasa terasing dan meningkatkan risiko kemurungan.
Namun begitu, menggunakan media sosial untuk berhubung dengan kawan lama boleh memberi kesan positif dan menambah tenaga.
6. Rehat yang berkualiti
Jika rehat anda hanya melibatkan menukar tugas, menyemak e-mel, atau menatal media sosial, ini bermaksud rehat itu sebenarnya melelahkan.
Kredit: ImageFXDisarankan untuk rehat dengan kreatif seperti bergerak, makan makanan berkhasiat, atau bersosial.
Walaupun hanya beberapa minit, ia boleh membuat anda rasa lebih segar dan fokus.
7. Rawat masalah kesihatan yang ada
Akhir sekali, portal Health menasihatkan agar berbincang dengan doktor untuk memeriksa punca tenaga rendah yang berterusan.
Difahamkan, alahan boleh menyebabkan hidung tersumbat dan mata gatal, tetapi juga boleh menimbulkan keletihan.
Kredit: ImageFXSelain itu, anemia kekurangan zat besi dan kemurungan boleh meningkatkan rasa letih.
Hipotiroidisme, iaitu kelenjar tiroid tidak menghasilkan hormon mencukupi boleh menyebabkan keletihan yang melampau.