Pernah dengar Bantuan Diskaun Automotif Keluarga Malaysia? Tahu tak kini dah diperluas untuk Bengkel Tidak Berdaftar? Dah tahu ke macam mana nak mohon dan apakah syarat-syaratnya?
Macam yang kita tahu, tahun lepas, negara berduka dengan musibah banjir yang menjejaskan banyak negeri, khususnya di Selangor dan Pahang. Tahun ini, negara sekali meratapi nasib penduduk-penduduk khususnya di Kelantan dan Terengganu yang berdepan nasib yang sama.
Banyak kemusnahan yang berlaku, antaranya kenderaan rosak ditenggelami air banjir, sekaligus menuntut kos yang tinggi untuk dibaiki semula. Jadi, kali ini kami nak berkongsi dengan korang apa itu Bantuan Automotif Keluarga Malaysia, syarat-syarat dan cara nak memohon.
Bantuan Diskaun Automotif Keluarga Malaysia
Melalui bantuan ini, kerajaan menawarkan bantuan diskaun sebanyak RM 1,000 kepada warganegara Malaysia untuk meringankan beban membaiki kenderaan penumpang persendirian yang musnah dalam banjir.
Ia termasuklah motosikal, trak pikap dan van bertingkap. Diskaun ini diberi melalui Potongan Terus atau Tuntutan Balik melalui pusat servis/pengedar sah yang berdaftar sahaja, bermula 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022.
Diperingkat awal, tuntutan tidak boleh dibuat sekiranya kenderaan dihantar untuk dibaiki di bengkel yang tidak berdaftar atau bukan pengedar sah.


Kini diperluas untuk bengkel tak berdaftar
Kalau anda nak tahu, kini bantuan ini sudah diperluas kepada bengkel tidak berdaftar juga.
Tempoh untuk membuat permohonan adalah mulai 19 Januari 2022 hingga 31 Mac 2022.
Cara nak buat permohonan
Dalam talian di Portal Rasmi Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (https://bantuanautomotif.hasil.gov.my). Klik menu Permohonan atau anda boleh Mohon Disini.
Ataupun anda boleh memohon secara manual di mana-mana Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) atau Cawangan LHDNM yang berdekatan. Borang permohonan juga boleh dimuat turun disini.
Syarat nak mohon Bantuan Automotif Keluarga Malaysia (Bengkel Tak Berdaftar)
Pemohon:
Warganegara Malaysia
Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Kenderaan milik persendirian yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.
Jika dimohon Ahli isi rumah:
Terhad kepada hubungan Pasangan/Ibu/Bapa/Anak/Adik-beradik/Cucu.
Syarat tuntutan
Berkuatkuasa pada 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 selaras dengan jangkaan tempoh monsun timur laut.
Jenis kenderaan yang layak adalah kenderaan yang rosak akibat banjir dalam kategori kenderaan persendirian (termasuk kenderaan penumpang, trak pikap, van dan motosikal) tanpa perlindungan insuran bencana alam sahaja.
Hanya kenderaan persendirian yang TIDAK DIHANTAR ke pusat servis/pengedar sah yang berdaftar dengan syarikat yang mengambil bahagian sahaja layak membuat tuntutan.
Dokumen yang diperlukan
Dokumen yang diperlukan adalah resit pembaikan atau penggantian kenderaan persendirian yang rosak/musnah akibat banjir.
Semoga membantu.
BACA: Mangsa Banjir Layak Dapat Bantuan Sehingga RM61,000, Ini Antara Bantuan Yang Ramai Terlepas Pandang
Sumber: Bantuan Automotif Keluarga Malaysia