
Cara Daftar eKasih & Syarat Kelayakan Terkini
Pelbagai bantuan telah diumumkan oleh kerajaan menerusi pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober lalu. Antara yang menarik perhatian tentunya inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Seperti yang diketahui, kedua-dua penerima bantuan ini juga turut tergolong dalam rekod eKasih sebagai miskin dan miskin tegar.
Mungkin masih ada yang belum, eKasih adalah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang diwujudkan bagi merancang, melaksana dan memantau program pembasmian kemiskinan.
Sistem eKasih mempunyai maklumat berkenaan kemiskinan yang bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima.
Untuk yang ingin memohon dan mendaftar eKasih, terdapat dua cara yang boleh dilakukan. Ikuti perkongsian di bawah ini.
Pertama, anda boleh hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri/ Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (PPN/PPPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan.
Kedua, anda boleh mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Persekutuan (JPKKP).
1. PPN Perlis
Nombor telefon: 04-9731976
Nombor faks: 04-9760809
2. PPN Kedah
Nombor telefon: 04-7209236
Nombor faks: 04-7209248
3. PPN P.Pinang
Nombor telefon: 04-2185700
Nombor faks: 04-2105733
4. PPN Perak
Nombor telefon: 05-2497400
Nombor faks: 05-2497406
5. PPN Kelantan
Nombor telefon: 09-7457103
Nombor faks: 09-7481989
6. PPN Terengganu
Nombor telefon: 09-6272000
Nombor faks: 09-6243101
7. PPN Pahang
Nombor telefon: 09-5178208
Nombor faks: 09-5136499
8. PPN Selangor
Nombor telefon: 03-55213600
Nombor faks: 03-55213700
9. PPN Wilayah Persekutuan
Nombor telefon: 03-40419920
Nombor faks: 03-40411951
10. PPN Negeri Sembilan
Nombor telefon: 06-7659945
Nombor faks: 06-7638504
11. PPN Melaka
Nombor telefon: 06-3333333
Nombor faks: 06-2328570
12. PPN Johor
Nombor telefon: 07-2234777
Nombor faks: 07-2268040
13. PPN Sarawak
Nombor telefon: 082-492957
Nombor faks: 082-443867
14. PPN Sabah
Nombor telefon: 088-484800
Nombor faks: 088-488294
1. Ketua Isi Rumah (KIR) Warganegara Malaysia
2. Pendapatan isi rumah di bawah Pendakatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa
3. Butiran maklumat pemohon yang lengkap
Apabila anda sudah menghantar permohonan, anda boleh menyemaknya di sini. Mudah sahaja, anda hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan tekan ‘klik untuk carian’.
Terdapat empat status daftar yang boleh dilihat ketika anda menyemak permohonan iaitu:
Disahkan – Telah dibanci
Disemak – Dalam proses banci
Ditolak – Tidak layak dibanci
Baru/daftar terbuka – Permohonan baharu
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Sumber: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri