Siapalah yang tidak kenal dengan insan bernama Ustaz Ebit Lew. Beliau sentiasa menjadi bualan ramai orang di atas sikapnya yang baik serta sentiasa membantu golongan yang memerlukan.
Namun baru-baru ini, seorang lagi pendakwah dikenali sebagai ‘Ustaz Tido’ mendapat perhatian netizen.
Ustaz Khailil Razak atau lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Tido turut dikenali dengan aktiviti membantu dan memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.
Video yang dimuat naik Isnin lalu melalui Facebook miliknya menunjukkan betapa beliau prihatin terhadap nasib sebuah keluarga yang menetap di dalam kebun sawit.
Namun apa yang menarik perhatian apabila cara percakapannya dikatakan persis Ustaz Ebit Lew.


Dalam pada itu, rata-rata pengguna di Facebook memuji usaha murni ‘Ustaz Tido’ dan mendoakan dipermudahkan urusan dalam membantu golongan yang dalam kesusahan.
Sumber: Facebook Ustaz Tido