cara aktifkan spaylater motorcycle
Kredit: Shopee/ Yamaha

Cara Aktifkan SPayLater Motorcycle 

Sofea

Cara Aktifkan SPayLater Motorcycle

Baru-baru ini Shopee mengumumkan bahawa orang ramai kini boleh membeli motosikal menggunakan SPayLater.

Syarikat e-dagang itu berkata SPayLater Motorcycle menawarkan penyelesaian kewangan yang mudah dengan memberi fleksibiliti bayaran melalui ansuran bulanan yang mampu milik. Ia menjadikan pemilikan motosikal itu lebih mudah dan berpatutan.

Bagaimanapun, SPayLater Motorcyle buat masa ini hanya tersedia kepada pengguna terpilih sahaja.

Menurut Shopee, perkhidmatan itu akan diperluas kepada lebih ramai pengguna secara berperingkat tidak lama lagi.

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, ikuti perkongsian di bawah ini.

BACA: Senarai Jenama & Model Motosikal Yang Boleh Dibeli Guna SpayLater

Cara aktifkan SPayLater Motorcycle

Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee, pergi ke tab Saya (Me) dan klik pada Halaman Utama SPayLater

Langkah 2: Pilih SPayLater Motorcycle

Langkah 3: Klik pada Semak Kelayakan Secara Percuma

Langkah 4: Sahkan Kad Pengenalan (IC

Langkah 5: Isikan Maklumat Tambahan

Langkah 6: Muat naik Dokumen Pendapatan seperti yang diperlukan

Langkah 7: Lakukan Pengesahan Wajah

Langkah 8: Permohonan Dihantar

Permohonan akan disemak dalam tempoh dua hari bekerja (Tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).

BACA JUGA: ShopeePay Perkenal ‘SpayLater Motorcycle’

Kelayakan untuk mohon SpayLater Motorcycle

Sesiapa yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap atau anggota Angkatan Tentera Malaysia ((memegang MyKad/MyPR/MyTentera yang sah).

Selain itu, anda perlulah berusia 18 tahun hingga 65 tahun, dengan pendapatan bulanan minimum RM1,000

Anda juga merupakan pengguna Shopee dan ShopeePay yang telah disahkan.

Dalam pada itu, antara pengedar motosikal yang tersedia menerusi perkhidmatan ini ialah ACY Motors (M) Sdn. Bhd, Soon Chye Motors (M) Sdn Bhd, Welly Assorted Sdn. Bhd, Thm Motorcycle Trading Sdn Bhd, SQ Motor Sdn Bhd dan Smart Bike Sdn Bhd.

Perbezaan SPayLater dan SPayLater Motorcycle

SPayLater

1. Jenis Produk: Perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) untuk pembelian barangan atau perkhidmatan

2. Yuran Pemprosesan: 1.5% sebulan atau 18% setahun

3. Tempoh Pembayaran: 1 – 24 bulan

4. Dokumen Diperlukan untuk Pengaktifan: Kad pengenalan diperlukan

SPayLater Motorcycle

1. Jenis Produk: Perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) untuk pembelian motosikal

2. Yuran Pemprosesan: 1.25% sebulan atau 15% setahun

3. Tempoh Pembayaran: 12 – 60 bulan

4. Dokumen Diperlukan untuk Pengaktifan: Kad pengenalan dan dokumen tambahan pendapatan di bawah diperlukan berdasarkan profil pengguna:

Untuk pengguna bergaji:

a. Penyata gaji terkini 1 bulan; dan

b. Mana-mana satu (1) daripada dokumen berikut:

· Penyata bank terkini 1 bulan

· Penyata KWSP terkini

· Borang BE terkini

Untuk pengguna bekerja sendiri:

a. Borang Pendaftaran Perniagaan

b. Penyata bank syarikat / Penyata e-dompet bagi 3 bulan terkini

Sumber: Shopee