Berjaya membawa setiap watak yang dipegang, pelakon US Christopher Robert Evans atau dikenali sebagai Chris Evans dinamakan sebagai ‘Sexiest Man Alive 2022’ oleh majalah People, lapor Insider.
Memainkan pelbagai watak bermula daripada filem Not Another Teen Movie dan Knives Out kepada Marvel Cinematic Universe, pelakon itu tidak pernah gagal menunjukkan kemahirannya dalam menjiwai watak.
Evans telah menjadi bintang baharu yang mendapat penghormatan daripada majalah People, yang diumumkan semasa The Late Show with Stephen Colbert pada malam Selasa.
Difahamkan, pelakon berusia 41 tahun itu tidak dapat menghadiri acara tersebut secara peribadi kerana sedang sibuk terlibat dalam penggambaran filem baharu berjudul Red One.
Namun dia ditunjukkan dirinya menerima anugerah itu daripada penerima sebelumnya ketika 2016, Dwayne Johnson yang juga bakal muncul dalam filem akan datang tersebut.
Semasa temu bual bersama majalah People, Evans menjangkakan akan ada beberapa usikan berhubung gelaran baharunya itu daripada rakan rapatnya, walaupun dia akui tidak akan dapat mengelak untuk bermegah secara rendah diri mengenainya.
“Perkara ini sukar untuk ditemu bual, rasanya seperti satu perkara yang dibentuk secara pelik untuk bermegah dengan rendah diri.
“Sebenarnya ini hanya akan menjadi titik buli (usikan), namun saya sudah masak dengan gangguan itu,” katanya lagi.
Ibu bangga dengan pencapaiannya
Walau bagaimanapun, dia memaklumkan bahawa ada seseorang dalam hidupnya yang benar-benar akan menyukainya merangkul anugerah berkenaan, iaitu ibunya Lisa.
“Ibu saya akan sangat gembira. Dia bangga dengan semua yang saya lakukan tetapi ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan,” tambah Evans lagi.
Lisa yang dilihat hadir semasa temu bual tersebut berasa bangga dengan pencapaian anaknya itu.
“Saya tidak terkejut sama sekali. Keluarga kami akan sentiasa menyokong sesama sendiri,” katanya yang mengiringi Evans semasa penggambaran di sebuah ladang di Atlanta, Georgia.
Untuk rekod, Evans pernah membintangi beberapa filem popular US seperti Fantastic 4 (2005), The Losers (2010), Snowpiecer (2013) serta menjadi watak adiwira Captain America dalam beberapa filem siri The Avengers Marvel.
ASumber: Insider