Gambar: India Today

“Call” Hanya Untuk Maki, Lelaki Buat Panggilan Polis 2,060 Kali Selama 9 Hari Berjaya Ditahan

Noorliyana Ishak

“Call” Hanya Untuk Maki, Lelaki Buat Panggilan Polis 2,060 Kali Selama 9 Hari Berjaya Ditahan

Polis Jepun berjaya menahan seorang warga emas lelaki yang telah membuat panggilan sebanyak 2,060 kali dalam tempoh sembilan hari dan mengeluarkan perkataan yang kurang sopan.

Memetik Mirror UK, kakitangan di ibu pejabat Polis Wilayah Saitama di Jepun berkata bahawa mereka sering kali dihubungi oleh suspek yang menjerit dan melaungkan perkataan kurang sopan dengan mengatakan mereka seharusnya dipecat.

Suspek yang berusia 67 tahun itu didakwa menggelar kakitangan tersebut sebagai pencuri cukai.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

Warga emas berkenaan dipercayai membuat panggilan antara 30 September hingga 8 Oktober sebanyak 2,060 kali dengan purata setiap panggilan enam minit, lapor Mirror UK.

Pihak polis berkata bahawa panggilan itu membuang masa mereka kira-kira 72 jam, mereka berkata suspek didapati bersalah kerana mengganggu operasi polis.

Akhirnya, polis berjaya menahan suspek di rumahnya pada 28 November.

Suspek turut dilaporkan mengaku melakukan jenayah itu selepas disoal siasat.

Selepas penahanannya, suspek menyatakan bahawa dia tahu polis akan datang mencarinya suatu hari nanti.

Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular

Polis mengeluarkan rekod telefonnya dan mengesyaki suspek telah membuat panggilan yang sama selama bertahun-tahun, tetapi suspek telah mula meningkatkan usahanya sejak beberapa bulan lalu.

Tindakan pelik warga emas ini mendapat kecaman daripada warganet di media sosial, namun ada juga yang turut memuji dengan tindakannya kerana konsisten dan berdedikasi dalam menjayakan misinya.

Salah seorang warganet menggelarkannya sebagai ‘hobi istimewa’ dan tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan dengan masa dan tenaga hanya untuk membuat 2,060 panggilan kata-kata kesat.

Dalam kejadian yang sama pada 2019, seorang lelaki berusia 71 tahun didapati membuat kira-kira 24,000 panggilan kesat kepada penyedia telekomunikasi.

Selain daripada itu, ssatu lagi kes pelik berlaku di Jepun bulan ini apabila seorang lelaki menunggang motosikalnya ke lobi balai polis untuk menuntut mereka mengambil tindakan ke atas pemandu yang jahat.

Sumber: Mirror UK