Cahaya Terang Terpancar, NASA Kesan Dua Lubang Hitam
Teleskop Angkasa Hubble dan Balai Cerap Sinar-X Chandra milik NASA telah mengesan sepasang lubang hitam supermasif terdekat pernah direkodkan di alam semesta tempatan setakat ini.
Kedua-dua lubang hitam itu berada kira-kira 300 tahun cahaya antara satu sama lain.
Ia tersembunyi di dalam dua galaksi yang sedang berlanggar, menyebabkan mereka bersinar terang sebagai nukleus galaksi aktif (AGN).
Difahamkan, penemuan ini berlaku secara kebetulan ketika ahli astronomi sedang membuat pemerhatian menggunakan teleskop Hubble pada Isnin.
“Kami tidak sangka akan melihat sesuatu seperti ini.
“ni jarang berlaku di alam semesta berdekatan, dan ini menunjukkan ada sesuatu yang luar biasa berlaku dalam galaksi tersebut,” kata seorang penyelidik pasca doktoral di Pusat Astrofizik, Anna Trindade Falcão.
Imej beresolusi tinggi dari Hubble memperlihatkan tiga pancaran cahaya optik yang disebabkan oleh difraksi cahaya di kawasan galaksi MCG-03-34-64.
Gambar: NASA/ ESA/ Anna Trindade FalcãoPasukan Falcão kemudiannya mengkaji galaksi yang sama dalam cahaya sinar-X menggunakan Balai Cerap Chandra untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
“Apabila kami melihat galaksi MCG-03-34-64 dalam jalur sinar-X, kami melihat dua sumber kuat sinaran tenaga tinggi yang sepadan dengan cahaya optik terang yang dilihat oleh Hubble.
“Kami menyatukan semua maklumat ini dan membuat kesimpulan bahawa kami mungkin sedang melihat dua lubang hitam supermasif yang sangat dekat,” jelas Falcão.
Malahan, dua lubang lubang hitam itu juga didapati mengeluarkan gelombang radio yang kuat.
“Apabila saya melihat cahaya terang dalam optik, sinar-X dan panjang gelombang radio, perkara ini sudah jelas ia adalah dua lubang hitam dalam kedudukan dekat.
“Apabila semua maklumat disatukan, ia memberi gambaran bahawa ini adalah pasangan AGN,” tambahnya.
Bagaimanapun, sumber ketiga cahaya terang yang dilihat menerusi Hubble masih belum diketahui puncanya dan memerlukan lebih banyak data untuk difahami.
Ia mungkin adalah gas dari jet plasma berkelajuan tinggi yang dilepaskan dari salah satu lubang hitam.
“Kami tidak akan dapat melihat semua butiran ini tanpa resolusi luar biasa Hubble,” tambah Falcão.
Kedua-dua lubang hitam supermasif itu dahulunya berada di teras galaksi masing-masing.
Pelanggaran antara galaksi telah membawa kedua-dua lubang hitam ini ke dalam jarak yang sangat dekat.
Mereka akan terus berputar semakin rapat sehingga akhirnya bergabung, mungkin dalam tempoh 100 juta tahun lagi.
BACA: “Ten Hag Perlu Dengar Ruud, Jika Mahu Bina Semula United” – Ronaldo
BACA: Diiktiraf Buat Pertama Kali, Meja Bertanda “Negara Palestin” Dalam UNGA Diwujudkan
Sumber: CNN, NASA