Cahaya Terang, Letupan Kuat Di Langit Kejutkan Penduduk Sarawak
Penduduk di beberapa kawasan di Sarawak, khususnya di Bintulu dan Miri, dikejutkan dengan kemunculan cahaya terang yang tiba-tiba menerangi langit pada malam semalam.
Mana tidaknya, fenomena itu digambarkan sebagai pemandangan langit yang jarang sekali berlaku. Ia lantas mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai yang menyaksikannya secara langsung.
Dalam sebuah rakaman dashcam yang kini tular di media sosial, kelihatan cahaya berwarna terang meluncur laju di langit, seakan-akan tahi bintang atau meteor.
Selain visual yang mengejutkan, tinjauan mendapati beberapa saksi mendakwa mereka turut terdengar bunyi letupan kuat selepas cahaya itu melintas.
Bagaimanapun, pihak berkuasa setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung punca sebenar cahaya berkenaan.
Untuk info, sebelumnya warga Bintulu turut berkongsi fenomena tiang cahaya (light pillars) yang berlaku pada Ogos lalu.
Keadaan itu menarik perhatian ramai kerana ada yang belum pernah melihatnya sebelum ini. Namun, ada juga yang menjelaskan bahawa ini merupakan fenomena biasa.
Imbas kembali, fenomena itu pernah dirakam oleh sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah pada 2017. Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari.
Manakala, warga Bintulu juga pernah menyaksikan fenomena tersebut pada 16 Julai 2021.
BACA: Siap Sound Effect, Ramai Enjoy Lihat Gelagat Suami Kira Bajet Bulanan
BACA: “Career Ladder” Tapi Versi Malaysia, Ramai Gagal Teka Abang Ni Kerja Apa
BACA: Banyak Akal Budak Sekarang, Terus WS “Waibee” Nak Minta Tiang Gol
Sumber: Orang awam