United Kingdom – Individu yang mengalami gejala cacar monyet digesa untuk tidak melakukan hubungan seks, ujar pegawai kesihatan UK.
Garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) dan pihak berkuasa di Scotland, Ireland Utara dan Wales itu dibuat bagi mengekang penyebaran virus tersebut.
Secara keseluruhan, sebanyak 179 kes telah dicatatkan di UK sejak 7 Mei lalu.
Individu yang menghidap cacar monyet juga turut digesa untuk menjauhkan diri daripada orang lain sehingga luka mereka sembuh dan kering, menurut panduan tersebut.
Bagi yang mengalami gejala cacar monyet ini, mereka digesa untuk menggunakan kondom selama lapan minggu selepas jangkitan.
Panduan itu dikeluarkan selepas pakar penyakit cacar monyet terkemuka Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr. Rosamund Lewis berkata bahawa beliau tidak menyangka ratusan kes yang dilaporkan di seluruh dunia akan bertukar menjadi satu lagi wabak pandemik.
Sumber: Sky News