KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu laporan telah diterima daripada Airline Berhad berhubung pesawat MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akibat masalah teknikal pada Ahad, 3 April.
Pesawat berkenaan berpatah balik mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan dan selamat mendarat pada 5.03 petang.
Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kapten Chester Voo memaklumkan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang telah mengendalikan isu teknikal tersebut dengan selamat dan pesawat berkenaan kembali ke Kuala Lumpit bagi tujuan penyelenggaraan.
“Susulan perkara ini, CAAM akan melihat semula Sistem Pengawasan dan Data Penerbangan dalam MAB yang memantau dan merekodkan semua profil data penerbangan pesawat tersebut,” jelasnya dalam kenyataan itu.
Data awal menunjukkan maklum balas yang betul daripada kru operasi berhubung isu teknikal ini.
Bagaimanapun, CAAM akan terus memantau situasi ini dan tidak akan berkompromi atas sebarang isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan sekuriti syarikat penerbangan dan orang awam, tegasnya dalam kenyataan.
BACA: Dibanjiri Lautan Manusia, Suasana Tarawih Pertama Di Masjid Hagia Sophia Selepas 88 Tahun
Sumber: CAAM