Biasanya ketika di awal perkahwinan, pengantin baharu akan ‘diserikan’ dengan keindahan malam pertama. Namun berbeza situasinya seperti cerita ini, menurut adat, menantu (pasangan) perlu dihantar ke rumah mertua terlebih dahulu.
Tetapi, lain pula jadinya apabila kehadiran keluarga mertua ke rumah besan ketika adat ‘hantar menantu’ disertai dengan gangguan aneh. Walaupun sekadar bunyi, sudah cukup menyeramkan suasana!
Mari ikuti perkongsian pengalaman sendiri yang diceritakan oleh saudara Firdaus Afandi menerusi Group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia di bawah ini.
Ikut adat belah Kelantan, lepas nikah tak boleh bawa bini terus, kena hantar menantu dulu. Jadi saya ikutkan sajalah.
Dari Gomuse (Gua Musang) naik ke Cameron Highland, tembus le ke Tapah, teruslah ke kampung saya. Jadi keluarga mertua saya ni kira jadi tetamu atau orang baru di kampung saya. Takda majlis-majlis pun, cuma santai-santai antara dua keluarga.
Malam tu, keluarga mertua tidur la di ruang tamu dan adik ipar hat laki sorang ni tidur di bilik ketiga, bilik yang jarang digunakan. Guna pun bila adik-beradik saya balik kampung je.

Dipendekkan cerita, malam tu terjadinya dua kejadian mistik yang tak berapa teruk. Salam perkenalan katakan.
Katil yang adik ipar gunakan digoncang dengan kuat sehingga adik ipar terjaga dari tidur. Dengan muka terpinga-pinga, dia bangun dan berpindah tidur di ruang tamu bersama mak dan ayahnya.
Ikut sejarah belah gril tingkap tu, sebelahnya dusun durian dan semak-samun. Kakak saya pernah terlihat bayangan lembaga dari tingkap tu. Adik saya pula pernah diganggu ketika dia tinggal berseorangan (semasa) kedua orang tua saya menginap di rumah pakcik saya di Ipoh.
Malam kejadian tu, adik cuma tidur di ruang tamu sambil menonton TV. Kemudian terdengar bunyi kucing mengiau.
“Ngiaauu..”
“Ngiaauu….”
Adik abaikan jelah bunyi tersebut, sebab di kampung memang rajin bela kucing buangan orang. Leka adik menonton TV, baru dia terfikir yang kucing tak pernah lepak belah dusun pada waktu malam.
Biasanya diorang lepak di ruang berandar menghadap sawah padi. Lepas adik terfikir pasal kucing, secara tiba-tiba bunyi kucing tu bertukar menjadi bunyi bayi menangis kuat.
“Nguekk…”
“Ngueekkkk!”
Dalam berani adik, ada juga gerunnya. Jadi, diselubunglah seluruh badan dengan selimut sambil tekup telinga dengan bantal..
Sumber: Firdaus Afandi melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia