Gambar: Bernama

Bumbung Remuk, Seorang Kakitangan KKM Cedera Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Ipoh Pagi Tadi

Aqmal Ezany

Sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Jelapang-Taman Meru Perdana, Ipoh pagi tadi.

Menurut satu ciapan yang dimuat naik oleh Twitter rasmi Bernama, kenderaan yang dipandu itu telah terbabas ke bahu jalan.

Akibat daripada insiden itu, seorang kakitangan KKM dilaporkan cedera akibat daripada kemalangan tersebut.

Sumber: Bernama