Baru-baru ni viral di media sosial apabila kisah mengenai seorang wanita yang bekerja di sektor kerajaan menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa menanggung hutang pinjaman peribadi dipercayai atas desakkan suaminya yang mahu membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi.
Melalu kemas kini di laman facebook Perunding Hartanah, Harith Faisal berkata wanita-wanita yang berkerja di sektor kerajaan turut menjadi mangsa kepada keluarga sendiri.
Berdasarkan paparan tangkap layar yang dikongsikannya, seorang wanita dipercayaai seorang guru yang baru sahaja dilantik menjawat jawatan berkenaan terpaksa membuat pinjaman mencecah RM100,000 atas perminatan ahli keluarga yang mahu membina rumah baru.

Lebih malang, wanita berkenaan memaklumkan bahawa dia diapksa membuat pinjaman lanjutan sebanyak sekitar RM 30,000 lagi selepas keluarganya memaklumkan pinjaman sebelum ini tidak mencukupi.
Selain itu, kakaknya yang turut bekerja sebagai seorang guru turut terpaksa berhutang, namun tidak dinyatakan tujuan berhutang.
Kongsinya lagi, dia juga terpaksa menanggung nafkah keseluruhan ahli keluarga termasuklah perbelanjaan persekolahan adik-adik selain turut menghulurkan bantuan kepada kakaknya sekiranya memerlukan.
Perkongsian wanita berkenaan turut mendapat respon daripada pengikut-pengikut laman facebook Harith Faisal.
Sumber: Harith Faisal