gosok mata
Kredit: ImageFX

Bukan Sekadar Tabiat, Ini Punca Kenapa Kita Gosok Mata Bila Badan Letih

Azzwin

Bukan Sekadar Tabiat, Ini Punca Kenapa Kita Gosok Mata Bila Badan Letih

Dalam rutin harian yang sibuk, rasa letih dan mengantuk sering datang tanpa dijemput.

Adakala mata terasa berat dan fokus mula hilang, walaupun baru duduk sekejap atau sekadar bersandar di sofa.

Tanpa disedari, tangan akan naik untuk menggosok mata perlahan-lahan seolah-olah mahu "menyegarkan" diri.

Hari ini, SK akan ungkap punca saintifik gosok mata apabila badan letih, menurut portal Mental Floss.

Punca gosok mata bila letih

Menurut portal Mental Floss, kekerapan kelipan mata akan menjadi lebih perlahan apabila anda letih.

Selain itu, pandangan juga akan mula kosong dan fokus akan berkurang.

Menurut BBC Science Focus, lapisan air mata yang dihasilkan oleh kelenjar lakrimal akan mula mengering apabila kita kurang berkelip.

Difahamkan, ini lah yang menyebabkan mata terasa berat dan pedih seolah-olah ada pasir halus di dalamnya.

lelaki gosok mata
Kredit: ImageFX

Tubuh menghantar isyarat kepada otak, iaitu bahagian yang mengawal tingkah laku dan emosi lalu otak "mengarahkan" tangan untuk menggosok mata.

Tindakan ini membantu menyebarkan baki kelembapan pada permukaan mata dan merangsang hormon untuk menghasilkan lebih banyak air mata asas.

Ringkasnya, ia seperti hidrasi kecemasan untuk bebola mata.

Hubungan mata dan jantung

Mental Floss turut menjelaskan bahawa otot-otot yang menggerakkan mata mempunyai kaitan dengan satu refleks yang mempengaruhi kadar degupan jantung.

Apabila otot-otot ini dirangsang melalui perbuatan menggosok mata, sistem saraf akan menghantar isyarat kepada saraf vagus, lalu memperlahankan kadar degupan jantung.

mata wanita
Kredit: ImageFX

Justeru, inilah sebab menggosok mata membuatkan anda berasa lebih tenang kerana degupan jantung menjadi perlahan.

Menurut SciShow, apabila tubuh beralih daripada mod berjaga kepada mod rehat, kadar degupan jantung boleh menurun sehingga sekitar 20 peratus.

Isyarat untuk tidur

Menurut portal Mental Floss, rasa "menyenangkan" telah terhasil tanpa sedar apabila mata terasa lega dan degupan jantung yang lebih perlahan.

Inilah sebab menggosok mata sering disertai dengan menguap, menarik nafas panjang atau kelipan mata yang perlahan.

lelaki tertidur
Kredit: ImageFX

Difahamkan, ia merupakan satu mekanisme shut down semula jadi yang direkod oleh sistem saraf anda.

Jadi, lain kali apabila anda perasan diri sendiri menggosok mata, jangan terlalu melawannya. Ini kerana ia merupakan satu petanda yang baik untuk menutup hari anda dan berehat.

Namun, berhati-hati dengan mata anda

Portal Mental Floss mengingatkan bahawa mata adalah organ yang sangat sensitif.

Menggosok mata secara lembut dengan kelopak mata tertutup masih boleh diterima, tetapi tekanan berlebihan tidak memberi kebaikan.

lelaki dan doktor di klinik mata
Kredit: ImageFX

Selain itu, menggosok mata secara kerap dan kasar dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan bentuk kornea berubaha, seterusnya menjejaskan penglihatan.

Jika mata anda kerap terasa pedih atau iritasi, puncanya mungkin bukan sekadar mengantuk.

Difahamkan, ia boleh menjadi tanda bahawa anda perlu berehat daripada skrin atau mempertimbangkan penggunaan titisan mata.