Tiada Kategori

Bukan Sekadar Makan, NakNak Hidupkan Suasana Dengan Acara ‘Pickle & Play’

Nur Farra

NakNak, terus membawa keceriaan melangkaui sajian dengan penganjuran acara komuniti terbaharu, Pickle & Play with NakNak.

Bertempat di First Shot Pickleball PJ, acara ini menggabungkan semangat sukan, komuniti dan makanan dalam satu pengalaman. Menariknya, acara ini turut mendapat sentuhan segar daripada Fanta, menjadikan suasana lebih meriah dan bersemangat.

Selain menikmati makanan, peserta turut berpeluang mencuba sendiri sukan pickleball melalui sesi bimbingan dan perlawanan santai bersama jurulatih. Aktiviti sampingan seperti DIY keychain dan pameran barangan popular NakNak menambah elemen kreatif dalam acara ini, sebelum cabutan bertuah bernilai RM2,000 menutup hari penuh keceriaan tersebut.

Menariknya, NakNak turut mengumumkan menu baharu terhad yang bakal dilancarkan hujung Oktober ini serta pembukaan lima cawangan baharu di sekitar Lembah Klang menjelang akhir tahun.

Langkah ini membuktikan komitmen NakNak untuk terus berkembang sambil mengekalkan keaslian rasa dan pengalaman menjamu selera yang menyeronokkan, seiring dengan slogannya, membawa “kegembiraan melangkaui sajian” kepada rakyat Malaysia.