Gambar via RTM & Google

Bukan Sekadar Cukup 2 Dos, Ini Maksud Sebenar ‘Vaksin Lengkap’ Yang Layak Terima Kemudahan Diumum PM

Eyla Azri

Sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman di sidang media khas ekoran kemudahan yang diberikan kepada individu lengkap divaksinasi.

Lengkap vaksinasi dalam konteks ini bukan sekadar cukup dua dos suntikan.

Bagi individu yang mengambil suntikan vaksin dua dos iaitu jenis Pfizer, Astra Zeneca dan Sinovac, individu perlu melepasi hari ke 14 setelah dos kedua vaksinasi untuk mendapatkan kemudahan ini.

Manakala untuk vaksin satu dos seperti Johnson&Johnson, kemudahan ini terpakai hanya selepas hari ke 28 dari tarikh suntikan.

Sumber: JKJAV