
Bukan Sebab Gaji, Wanita Tolak Lamaran Lelaki Yang Bekerja Sendiri, Tapi Ramai Setuju Alasan Diberi
“Cinta tidak pernah mengenal rupa, status atau pekerjaan.”
Itulah kata-kata yang sering berdendang di cuping telinga kita, terutama bagi mereka yang berhasrat melangkah ke alam perkahwinan.
Memang tidak dinafikan, ramai yang percaya bahawa cinta dan kesetiaan sudah memadai untuk membina sebuah mahligai bahagia.
Tetapi dalam dunia nyata yang penuh cabaran dan ketidaktentuan hari ini, cinta semata-mata sebenarnya belum cukup untuk menjamin masa depan seseorang.
Bagi seorang wanita, nak memilih pasangan bukanlah suatu perkara yang boleh diambil mudah, kerana individu tersebut yang akan menerajui kehidupannya pada masa akan datang.
Jadi, tak hairan kebanyakan wanita memilih lelaki yang benar-benar bersedia segala hal untuk dijadikan pasangan.
Status pekerjaan mahupun gaji bukanlah faktor utama yang perlu dipandang, tapi persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan pada masa akan datang juga perlu dititikberatkan.
Terutamanya bagi lelaki yang bekerja sendiri seperti penghantar makanan, kebanyakan wanita tidak kisah untuk jadikan mereka pasangan hidup. Tapi, sebaiknya pasangan mereka itu mempunyai perlindungan kerana pekerjaan yang terdedah kepada bahaya kemalangan.
Seperti hasil temu bual kami pada seorang wanita, dia berpendapat bahawa seorang lelaki itu perlu pandai menjaga dirinya sendiri, sebelum nak menjaga wanita yang diinginkannya.
“Kalau dia pun tak tahu nak jaga diri sendiri, macam mana nak tanggung orang lain?” katanya.
Jelas wanita itu, dia tidak mampu menutup mata terhadap realiti bahawa pekerjaan sebegitu turut datang bersama risiko yang tinggi dan membimbangkan.
“Setiap hari berada di jalan raya bermakna setiap hari juga mereka terdedah kepada bahaya kemalangan.
“Ini buatkan saya atau mungkin ramai wanita di luar sana akan fikir banyak kali sebelum bersetuju untuk berkahwin,” tambahnya.
Katanya lagi, situasi itu membuatkan dirinya dilanda keraguan dan dihantui pelbagai kemungkinan buruk yang boleh berlaku selepas berkahwin.
Macam mana kalau tiba-tiba jadi benda yang kita tak jangka? Macam mana kalau satu hari nanti dia tak boleh kerja lagi? Atau saya kehilangan dia? Macam mana dengan hidup kami? Macam mana dengan saya?
Kenyataan ini mungkin pahit untuk ditelan oleh sesetengah lelaki yang bekerja sendiri. Namun, inilah antara kebimbangan nyata yang sering bermain di fikiran ramai wanita yang menginginkan perancangan, perlindungan dan jaminan masa depan.
Melihat kepada situasi ini, sebenarnya ada solusi yang boleh digunakan untuk individu-individu yang bekerja sendiri iaitu dengan menyertai LINDUNG Kendiri yang disediakan oleh PERKESO.
Tahukah anda bahawa terdapat satu skim perlindungan khusus yang disediakan oleh PERKESO, iaitu LINDUNG Kendiri?
Ramai masih belum menyedari kewujudan skim ini, sedangkan ia diwujudkan khusus untuk memberi perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri, seperti sektor pengangkutan penumpang seperti pemandu teksi, e-hailing dan pemandu bas serta 19 sektor yang lain.
Skim ini bertujuan melindungi individu yang bekerja sendiri sekiranya mereka mengalami kemalangan semasa bekerja atau menghidap penyakit yang berpunca daripada pekerjaan.
Untuk info, penyakit pekerjaan adalah penyakit yang berlaku akibat pendedahan berterusan kepada risiko tertentu semasa bekerja. Senarai lengkap penyakit ini ada disenaraikan dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969.
Melalui skim ini, mereka yang mencarum bukan sahaja layak menerima faedah tunai, tetapi juga akan mendapat rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan latihan vokasional.
Menariknya, pelbagai faedah ditawarkan di bawah LINDUNG Kendiri ini, termasuklah:
Faedah Perubatan
Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Kekal
Elaun Layanan Sentiasa
Faedah Orang Tanggungan
Faedah Pengurusan Mayat
Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional
Faedah Pendidikan
Untuk maklumat lanjut berhubung faedah-faedah yang ditawarkan, anda boleh klik di sini.
Justeru, bagi mereka yang berminat untuk mencarum di bawah LINDUNG Kendiri ini, terdapat beberapa syarat kelayakan asas yang perlu dipenuhi:
1. Warganegara Malaysia / permastautin tetap tanpa mengira had umur
2. Salinan kad PSV / profil e-hailing / permint / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.
3. Mempunyai kad pemandu atau surat kebenaran dari LPKP (Sabah dan Sarawak) yang masih sah laku atau dokumen / maklumat bukti berdaftar dengan perkhidmatan e-hailing
Kisah ini sebenarnya bukan sekadar tentang seorang wanita yang menolak lamaran lelaki. Sebaliknya, realiti hidup yang sering tersembunyi di sebalik keputusan besar seperti perkahwinan.
Dalam dunia hari ini, perancangan, perlindungan dan jaminan masa depan lebih penting daripada sekadar ‘cinta’.
Bagi mereka yang bekerja sendiri seperti penghantar makanan, pemandu teksi atau pemandu e-hailing, perlindungan seperti LINDUNG Kendiri bukan lagi pilihan, melainkan satu keperluan.
Ia bukan sahaja memberi ketenangan kepada pekerja, tetapi juga kepada pasangan dan keluarga yang bergantung harap kepada mereka.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang rasmi PERKESO atau berkunjung ke mana-mana cawangan PERKESO yang berhampiran.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.