Bukan Nasi Kandar, Menu Ini Buat Pelancong Indonesia Menangis
Selain terkenal sebagai negara berbilang kaum, Malaysia tidak dinafikan merupakan syurga buat pencinta-pencinta makanan di luar sana.
Kepelbagaian kaum, budaya, adat resam inilah yang melahirkan variasi menu makanan yang terdapat di negara ini hari ini.
Tak kira di mana sahaja, bermula gerai di tepian jalan, pasar pagi sehingglah ke kedai-kedai di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Pastinya anda akan menemui pelbagai makanan yang dijual yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja kecur air liur.
Salah satu menu yang wajib dicuba ketika berkunjung ke Malaysia adalah Nasi Lemak, yang sudah menjadi simbolik kepada negara ini selain Nasi Kandar.
Jadi, tidak hairan mengapa ramai pelancong khususnya dari luar negara begitu teruja ketika menjejakkan kaki ke Malaysia.
Menu Ini Buat Pelancong Indonesia Menangis
Baru-baru ini, tular sebuah video seorang pelancong Indonesia berkongsi pengalaman mencicipi makanan di sebuah kedai masakan tradisional di Malaysia.
Menerusi video klip yang dikongsikan oleh Si Botak Cantik, dia cuba meneroka juadah masakan Melayu tradisional di sebuah restoran di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.
"Di Malaysia, kamu cuma makan nasi kandar? Aduh ruginya. Cuba makan makanan Melayu pula," katanya.

Antara menu yang dicuba oleh lelaki itu termasuklah siput sedut dan batang keladi, kerabu, sambal udang harimau, ulam segar, tempoyak, ikan masin, daging batang pinang salai dan daging masak kicap sambil memuji rasanya yang enak.
Macam masakan Ibu
Namun, sewaktu melihat dan mencicipi juadah kuih lepat pisang, air mata lelaki berkenaan bercucuran kerana terkenangkan air tangan ibunya sewaktu di sekolah rendah dahulu.
"Ini macam talam jagung. Rupa dan teksturnya betul-betul sama dengan talam jagung buatan ibu aku.
"Terus buat aku teringatkan mama. Sumpah aku tak menipu. Aku rasa nak menangis," luahnya dalam klip berkenaan.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut bersetuju dengan pendapatnya, khususnya makanan di Malaysia dan Indonesia mempunyai persamaan.
"Saya gembira awak senang hati menjamu selera makanan kami. Saya pula suka makanan Indonesia," komen seorang pengguna.
"Terima kasih sudi rasa masakan Melayu," komen seorang lagi.