tokti buku teks Filipina
Gambar: Siti Nurhaliza

Bukan Biasa-Biasa, Cerita Pasal Tokti Ada Dalam Buku Teks Sekolah Filipina

Hannah

Bukan Biasa-Biasa, Cerita Pasal Tokti Ada Dalam Buku Teks Sekolah Filipina

Di Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza? Beliau bukan sekadar penyanyi terkenal, malah ikon seni yang sudah lama mewarnai industri hiburan tanah air.

Namun, apa yang lebih membanggakan, nama besar yang kita sanjung ini bukan hanya harum di Malaysia, tetapi turut dikenali di negara jiran.

Lebih istimewa lagi, kisah beliau tercatat dalam buku teks sekolah di Filipina.

Cerita ini mula jadi perhatian selepas seorang pengguna TikTok dipercayai dari Filipina meninggalkan komen pada salah satu video ToktI.

Individu itu bertanya sama ada Tokti benar-benar tokoh yang disebut dalam buku teks sekolah di negaranya.

“Awak ke yang ada dalam buku teks Tingkatan 3 di Filipina? Saya pernah nampak awak masa saya Tingkatan 3 dulu, dalam buku subjek Filipina ada satu muka surat yang cerita tentang awak,” tulisnya.

Menariknya, Tokti membalas komen tersebut dengan tiga emoji berbentuk hati merah.

tokti buku teks Filipina
Sumber: Siti Nurhaliza/TikTok

Lebih mengejutkan, ada netizen Filipina lainnya yang turut berkongsi gambar halaman buku berkenaan sebagai bukti.

tokti buku teks filipina
Sumber: Siti Nurhaliza

Perkara ini pantas menjadi bualan ramai. Rata-rata peminat Malaysia meluahkan rasa bangga kerana melihat idola mereka diiktiraf hingga ke luar negara.

Ini sekali lagi menjadi bukti bahawa Tokti bukan sekadar penyanyi kesayangan ramai. Malah, beliau juga ikon yang berjaya membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

BACA: Sathiya Terharu Terima Kunjungan Kementerian Komunikasi, FINAS Di Hospital

Sumber: Siti Nurhaliza/TikTok