Di sebuah kota Cebu, sekitar 42 penunggang Food Panda tiba di tempat berkenaan untuk menghantar pesanan hidangan filet ayam yang sama ke alamat rumah yang sama. Pesanan tersebut secara tidak sengaja dipesan oleh seorang gadis berusia tujuh tahun mengunakan aplikasi Food Panda.
Kejadian tersebut menjadi tular setelah seorang jirannya, Dann Kayne Suarez berkongsi melalui Facebook Live-nya.
Menurut laporan, gadis tersebut tidak sengaja menekan skrin berulang kali pada aplikasi tersebut setelah terdapat masalah dalam sambungan internet.
Setiap kotak filet ayam tersebut mengandungi nasi dan kentang goring yang berharga P189 (RM16). Jumlah kesuluruhan yang perlu dibayar kepada Food Panda oleh ibu gadis tersebut dianggarkan berjumlah P7938 (RM673).
Hal ini, ibu bapa gadis tersebut meninggalkan telefon bimbit di rumah supaya gadis tersebut dapat memesan makanan untuk dirinya dan neneknya tatkala ibu bapanya bekerja.
Suarez berkata kepada Superbalita Cebu bahawa gadis tersebut tahu menggunakan aplikasi tersebut kerana gadis itu telah diajar oleh ibu bapanya dan pernah melakukan pesanan menerrusi aplikasi itu. Sambungan internat yang bermaslah membuat gangguan pada aplikasi tersebut.
“Dia membuat pesanan ketika sambungan internet tergendala. Kemudian, berlaku ralat. Oleh kerana terdapat ralat, dia membuat pesanan lain. Dia mengulanginya beberapa kali,” kata Suarez.
Gadis itu merasa ketakutan dan menangis kerana memikirkan bahawa dia dan neneknya tidak dapat makan kesemua ayam itu. Malah, ibu bapanya hanya meninggalkan wang untuk membayar satu pesanan.
“Anak itu menangis. Saya kasihan kerana dia tidak tahu apa yang telah terjadi,” kata Suarez.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, jiran tetangga dengan rela hati membeli kotak filet ayam tersebut.
Sumber: SunStar