Kemaluan Dipotong Bapa Sendiri
Kredit Tribunnews

Budak Lima Tahun Parah, Kemaluan Dipotong Bapa Sendiri Ketika Sedang Tidur

Syed Faisal Sayed Muhammad

Budak Lima Tahun Parah, Kemaluan Dipotong Bapa Sendiri Ketika Sedang Tidur

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Leuwisari, Kabupaten Tasikmalaya terpaksa menanggung derita selepas kemaluannya dipotong oleh bapanya yang sakit mental.

Menurut Kompas, bapa mangsa berjaya di tahan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Tasikmalaya dan mangsa masih lagi dirawat di Hospital SMC Singaparna, Kabupaten Tasikmalaya hingga Rabu, 31 Disember depan.

“Ternyata selepas siasatan dibuat, pelaku adalah bapa kandung kepada mangsa. Pelaku juga mempunyai sejarah penyakit mental. Kes ini masih lagi dalam siasatan,” jelas Ketua KPAID, Ato Rinanto kepada Kompas.com.

Menurut Ato, ibu mangsa memberitahu pihak polis bahawa pelaku melakukan perbuatannya itu menggunakan pisau cukur saat anaknya sedang tidur lena.

Ketika kejadian berlaku, dipercayai pelaku dan mangsa hanya tinggal berduaan sahaja di rumah berkenaan kerana ibu mangsa sedang pergi ke pasar.

“Sewaktu kanak-kanak itu keluar rumah untuk meminta bantuan, penduduk kampung mendapati ada kesan darah di kaki mangsa. Justeru mereka telah membawanya ke pegawai perubatan kampung di hospital Kabupaten Tasikmalaya,” kata Ato lagi.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Ni Kena Teliti Betul-Betul Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

Sehingga kini, kes tersebut masih dikendalikan oleh Unit Satreskrim PPA Polis Tasikmalaya dan pelakunya telah berjaya ditahan serta disoal siasat.

Sementara itu, mangsa masih berada di hospital bagi mendapatkan rawatan dan keadaannya kini sudah mula bertambah baik.

Ibu mangsa dan juga isteri kepada pelaku berkata, dia mengetahui berkenaan kejadian tersebut daripada abangnya.

Ketika kejadian, dia sedang membeli-belah di pasar dan sejurus mengetahui tentang kejadian tersebut dia terus bergegas pulang.

“Saya sedang di pasar membeli barangan untuk berniaga, abang saya menyusul dan memberitahu bahawa kaki anak saya berdarah,” jelas ibu mangsa di hospital Kabupaten Tasikmalaya.

Sumber: Kompas.com