Budak lelaki berumur 10 tahun telah tidur di dalam khemah selama lebih 200 hari oleh kerena mengenang rakan keluarga. Max Woosey telah mendirikan khemah di taman belakang halaman rumahnya bermula dari hari pertama “lockdown” dilaksanakan.
Max Woosey yang menetap di Braunton itu memutuskan untuk bermalam di dalam khemah tersebut yang diberikan oleh rakannya, Rick yang telah meninggal pada Febuari yang lalu. Rick juga merupakan jiran bersebelahan dengan rumahnya. Rick yang berusia 74 tahun telah berpesan pada Max sebelum dia meninggal dunia “berjanji dengan aku yang kamu akan melakukan pengembaraan di sini”.
Untuk pengatahuan, Max telah berjaya mengumpul wang sebanyak £16,000 untuk North Devon Hospice yang telah merawat Rick dan isterinya disaat-saat akhir beliau. Menurut Max, perkara yang paling mengembirakan tidur di luar adalah beliau boleh melarikan diri dari ibu bapa dan membaca Beano selama mana yang dia mahu.
Walau bagaimanapun, cuaca buruk juga adalah perkara yang tidak disenangi beliau ketika berada di luar dan akan ada sarang semut di bawah khemah. “Kadang-kadang saya agak takut juga ketika ribut berdentum tapi saya tidak akan menyatakannya” katanya.

Namun begitu, Max lebih suka bermalam di dalam khemah berbanding di dalam rumah. Dia lebih suka dengan nyanyian burung dan suara angin memukul khemahnya. Pada 28 Mac, Max memulakan pengembaraannya setalah mendapat tahu bahawa acara hospice fundraising events telah dibatalkan.
Disebabkan itu, Max mengambil keputusan untuk meneruskan perancangan untuk tidur di luar selama setahun. Dikesempatan itu, Max juga berterima kasih kepada mereka yang menyokong dan pada mereka yang berjuang memerangi Corona Virus.
Rachael, ibu Max menyatakan bahawa pihak hospice amat menyokong keluarga Sue yang meninggal pada tahun 2017. Pihak mereka juga Membenarkan Rick pulang ke rumah dan dijaga oleh rakan-rakannya supaya Rick boleh ‘pergi’ dengan tenang. Malangnya, khemah yang diberikan oleh Rick tidak bertahan lama dan keluarga Max dalam perancangan untuk membeli peralatan yang baru.
Sumber- BBC