
Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kemalangan tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.
Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘ditipu’ oleh seorang ‘scammer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).
Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi.



Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.

Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.
Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak menipu lagi.




Rata-rata netizen yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.




Sumber: Twitter @idealuzair