Gambar: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Budak Hadapi Detik Cemas Jari Terlekat Di Tombol Pintu, Bomba Terpaksa Dipanggil Tolong Keluarkan

Sofea

Walaupun rumah dikatakan sebagai tempat yang selamat untuk seisi keluarga, namun kadang kala ada pelbagai bahaya yang akan ‘berkunjung’ tanpa kita sedari. Ia merupakan sesuatu yang tidak terjangka terutama apabila mempunyai anak-anak kecil.

Justeru, ibu bapa perlulah sentiasa peka dengan keadaan di dalam rumah agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkongsi mengenai misi membantu seorang kanak-kanak.

Menerusi perkongsian di Facebook, pasukan dari balai bomba Bintulu telah membantu mengeluarkan jari seorang kanak-kanak yang terlekat di tombol pintu.

“Pasukan dari BBP Bintulu dipanggil bagi membantu pihak hospital Bintulu untuk mengeluarkan jari seorang kanak-kanak yang terlekat di tombol pintu,” kata jabatan itu.

Mujurlah jari kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan dari gambar-gambar yang dimuatnaik, jarinya kelihatan sudah bengkak kerana mungkin sudah terlalu lama terlekat di dalam tombol pintu tersebut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai bagaimana jari kanak-kanak itu boleh terlekat tidak dinyatakan.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak