Rumah pengasuh merupakan tempat yang paling sesuai bagi ibu bapa yang berkerjaya bagi memastikan anak mereka diurus dengan baik pada setiap hari.
Namun lain pula yang terjadi kepada seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa terlepas dari rumah pengasuhnya.
Satu rakaman tular di laman Facebook memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan basah kuyup memegang botol susu.

Menurut perkongsian oleh seorang individu di Facebook, kanak-kanak itu didakwa telah terlepas dari rumah pengasuhnya.

Ekoran daripada penularan video berkenaan, rata-rata netizen nyata tidak berpuas hati sekiranya benar kanak-kanak tersebut terlepas daripada rumah pengasuh.
Malah, ada juga yang berterima kasih kepada individu tersebut yang membantu kanak-kanak itu.
“Kesian la tengok..sampai menggigil budak tu kesejukan”

“Ya Allah lindungi lah anak-anak asuh ku semoga semua dalam rahmatMu”

“Nasib kawasan semak samun kiri kanan jalan. Allah.. nasib jumpa orang yang baik”

Sumber: Facebook