Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dipatuk oleh ular tedung yang berbisa.
Menurut Tribun News, kanak-kanak yang berasal dari Desa Palipan, Kecamatan Sungai Manau, Jambi itu dipatuk semasa sedang tidur bersama kedua ibu bapanya.
Setelah menyedari mangsa dipatuk ular itu, ibu bapanya terus membawanya ke klinik yang terdekat tetapi malangnya pihak di sana tidak dapat membantu.
Mangsa seterusnya dibawa ke hospital tetapi dia tidak sempat untuk diselamatkan.
Gambar Via Tribun News“Anak saudara saya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kerana dipatuk ular.
“Ini merupakan ujian yang berat bagi kami sekeluarga terutama untuk kedua ibu bapanya. Al-Fatihah, ” kata bapa saudara mangsa.
Kejadian itu juga telah disahkan oleh ketua kampung Palipan, Tarmizi, dan mengatakan bahawa ular tedung tersebut masuk ke dalam rumah ketika mangsa dan ibu bapanya sedang nyenyak tidur.
Mangsa dilaporkan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Desa Palipan.
Sumber: Tribun News