Satu kes pembunuhan dilaporkan telah dijalankan susulan kematian seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Grygorivka, Ukraine.
Menurut Daily Star, kanak-kanak malang itu telah dibawa rawat secara tradisional untuk menyembuhkan luka bakarnya berbanding membawanya ke hospital.
Mangsa dilaporkan telah meninggal dunia akibat daripada kecederaannya pada awal bulan ini.

Ibu bapa bayi kini sedang disiasat kerana menyebabkan kematian anak mereka itu, lapor The Express.
Menurut laporan, ibu bapa kanak-kanak itu difahamkan telah memutuskan untuk tidak membawanya ke hospital, sebaliknya merawat kecederaan kanak-kanak tersebut dengan ubat herba.
Polis Ukraine menyatakan bahawa luka melecur kanak-kanak itu berlaku selepas ibu mangsa gagal mengawasi periuk yang berisi air mendidih itu.
Ekoran daripada itu, kanak-kanak tersebut telah mengalami luka melecur di bahagian perut dan punggung selepas tergelincir dan jatuh ke dalam kuali yang mendidih itu.
Difahamkan bahawa ketika kejadian itu berlaku, mangsa sedang bermain dengan kembarnya serta adik perempuannya yang berusia empat tahun.

Ibu kepada mangsa yang berusia 18 tahun telah membawa anaknya itu ke pengamal perubatan tradisional, yang kemudiannya memberikan salap semula jadi untuk merawat lukanya.
Walau bagaimanapun, doktor tidak dapat menyelamatkan mangsa dan dia telah dilaporkan meninggal dunia sepuluh hari setelah dimasukkan ke hospital pada 2 Ogos akibat kecederaan yang dialaminya.
Laporan berita Ukraine menyatakan bahawa penduduk setempat “tidak boleh memahami berkenaan mengapa mangsa tidak segera ke hospital dan diselamatkan”.
Ibu bapa kepada mangsa dilaporkan tidak disiasat dalam siasatan yang sedang dijalankan untuk dakwaan pembunuhan yang dirancang dan jika didapati bersalah, mereka boleh dipenjara diantara tujuh hingga 15 tahun.
Sumber: Daily Star