Budak 12 Tahun Terpaksa Tanggung Derita, Bertahun Diperkosa Ahli Keluarga Sendiri Sampai Kena HIV
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan menjadi mangsa pemerkosaan ahli keluarganya sendiri selama bertahun-tahun sehingga dijangkiti HIV, lapor Bogor Daily.
Mangsa yang berasal daripada Sumatera Utara, Medan itu telah diganggu oleh orang terdekatnya sejak dia berusia tujuh tahun lagi. Dia dilaporkan telah menjadi mangsa perbuatan jahat pelaku itu selama lima tahun.
Menurut Suara.com, mangsa yang masih bersekolah di sekolah rendah itu mula diganggu oleh teman lelaki ibunya.
Kisah menyayat hati itu telah didedahkan oleh David Andreas, Ketua Umum Perhimpunan Tionghoa Demokrat Indonesia (Pertidi).
Selepas menjadi mangsa penderaan seksual, kanak-kanak tersebut berpindah ke rumah ahli keluarga yang lain. Namun malangnya, keluarga baharu itu tidak menjaganya dengan baik malah didera.
Pelaku dari keluarga baharunya itu adalah adik kepada neneknya. Bukan setakat itu sahaja, mangsa juga dikatakan telah dijual kepada lelaki hidung belang sejak berumur tujuh tahun lagi sehingga ke usia 12 tahun.
“Mangsa dikatakan dijual kepada lelaki hidung belang sejak berusia tujuh tahun lagi,” kata David.
Mangsa mengakui terpaksa melayan kehendak lelaki dewasa sejak sekolah rendah lagi. Dia juga mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima wang daripada hasil kegiatan itu. Hasil wang itu hanya dinikmati oleh ahli keluarga mangsa.
Difahamkan, kedua ibu dan bapanya sudah bercerai. Semasa dia menjadi mangsa gangguan seksual itu, dia tinggal bersama neneknya.
David segera melaporkan kes itu kepada polis Medan pada 29 Ogos lalu. Kes itu segera ditangani oleh Polis Medan yang kini sedang menyiasat lanjut kes berkenaan.
Mangsa telah diperiksa oleh doktor dan pada awalnya doktor berasa curiga kerana mangsa tidak berasa sakit. Setelah menjalani ujian darah, mangsa dikatakan positif HIV.
“Ketika pemeriksaan dan ujian darah dijalankan, mangsa didapati menghidap HIV. Kami berharap pihak yang didakwa melakukan eksploitasi ke atas kanak-kanak itu disiasat secara menyeluruh oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Medan,” kata David.
Sementara itu, Ketua Badan Perlindungan Kanak-kanak Sumatera Utara, Muniruddin Ritonga, turut menzahirkan rasa sedih apabila mengetahui kisah itu. Mereka juga bekerjasama rapat dengan pihak polis dalam kes tersebut.
Sumber: Bogordaily.net
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang