Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun bersama bapanya dan dua lelaki lain sedang memancing di atas kapal sejauh enam kilometer di pantai Tasmania dilaporkan ditarik seekor jerung dengan tiba-tiba ke dalam air, lapor 9news.
Melihat kejadian itu, ayah kanak-kanak berkenaan segera melompat ke dalam air untuk menyelamatkannya. Salah seorang yang menyaksikan kejadian berkata “Ia berlaku secara tiba-tiba”.
Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dibawa keluar dari air dan telah di kejarkan ke hospital Wilayah Barat Laut. Menurut sumber, kanak-kanak itu mengalami kecederaan pada bahagian kepala, dada dan lengan, dia kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil.
Sementara itu, polis Tasmania telah mengeluarkan peringatan tentang ikan jerung yang berada di daerah itu. “Banyak jerung yang terdapat di daerah Stanley, jika berenang atau melakukan aktiviti memancing dan aktiviti lain, sila ambil langkah berhati-hati”, katanya.
Sumber: 9news.com.au