Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.
Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. dari 8 kes tersebut, 2 daripadanya adalah kes import. Manakala, 6 lagi kes adalah penularan tempatan.
Daripada kes tersebut, 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia dan selebihnya adalah bukan warganegara dari Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.
Dukacita juga dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian dicatatkan hari ini yang melibatkan lelaki warga emas yang mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang.
Sumber: KKM