“Buat Masa Ini, Tiada Apa-apa Rancangan Untuk Sekatan Pergerakan” – Khairy

Eyla Azri

Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa tiada sebarang perancangan dari pihak kerajaan untuk melaksanakan sekatan perjalanan setakat ini.

Menurut Khairy, sekatan hanya akan melibatkan kawasan tertentu yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Buat masa ini, tiada apa-apa rancangan untuk sekatan pergerakan dan ini adalah pendirian kerajaan.”

“KKM mengesahkan bahawa tiada rancangan untuk melaksanakan apa-apa sekatan melainkan PKPD kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja,” katanya.

Jelas beliau, pendekatan KKM kini lebih tertumpu untuk mengukuhkan sistem kesihatan negara sebagai persediaan menampung kemasukan ke hospital.

“Langkah-langkah mitigasi adalah lebih kepada untuk memastikan sistem kesihatan kita boleh menampung kenaikan kemasukan ke hospital yang mendadak.

“Kita telah ada tempoh tiga ke empat bulan sejak kita selsesai gelombang Delta untuk mengukuhkan sistem hospital dan meningkatkan lagi kapasiti katil hospital serta ICU.

“Hal ini agar kita dapat berdepan dengan gelombang seperti yang sedang kita lalui hari ini,” katanya.

Khairy berkata demikian dalam sesi sidang media KKM bagi menjawab persoalan mengenai kekhuatiran yang timbul sekiranya sekatan pergerakan bakal dilaksanakan semula berikutan kenaikan kes kebelakangan ini.

Sumber: Sidang Media KKM