Kredit: Perak FC

Buat Kali Pertama Dalam Sejarah, Perak Tersingkir Ke Liga Perdana

Nur Adnin

Buat pertama kali dalam sejarah, pasukan bola sepak Perak FC secara rasminya telah tersingkir ke Liga Perdana selepas tumpas 1-2 dengan Melaka United malam ini.

Gol awal yang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke-30 ternyata tidak membantu apabila skuad Hang Tuah menyamakan kedudukan 1-1 dengan gol oleh Manuel Ott pada minit ke-66.

Bagaimanapun Melaka United terus mengganas dengan ledakan gol kedua oleh Sony Norde pada minit ke-79, menjadikan keputusan kekal 2 -1 hingga ke wisel penamat.

Sebelum itu, skuad The Bos Gaurus tersebut perlu memburu mata kemenangan berikutan kedudukannya kini berada di zon penyingkiran liga.

Lebih menyedihkan, sejarah hitam dan malam berduka buat Perak FC ini terlakar hanya beberapa bulan selepas pelancaran jersi baharu bersempena 100 tahun penubuhannya.

Sumber: Harimau Malaya / Melaka United