Tak sangka kita dah pun menjalani ibadah puasa tahun ini. Pejam celik, pejam kita hampir mendekati pertengahan 2021. Dikira ianya perjalanan yang masih sukar buat segelintir daripada kita akibat pandemik yang masih belum reda.
Pada saat ini, ada yang lelah dengan keadaan perniagaan yang mundur dan mungkin ada juga yang masih tercari-cari peluang menambah pendapatan supaya boleh terus meneruskan hidup seperti orang lain.
Kisah seorang bekas pemandu lori ini mungkin boleh dijadikan inspirasi buat semua apabila pada satu titik perubahan, dia menjumpai kejayaan besar.