“Buas Sangat,” Kepala Kucing Tersekat Di Pintu Rumah Berlubang, Mujur Abam Bomba Datang Selamatkan By Edayu 4 November 2020 8:42am Berita Bukan manusia je yang minta pertolongan ‘abam’ Bomba, haiwan peliharan seperti kucing pun perlukan khidmat daripada mereka. Besar jasa mereka dengan penduduk bumi yang ‘nakal’ ni.Mana taknya, kalau dah pandai cari ‘penyakit’ tapi tak tahu cara nak selesaikan. Jawabnya kena panggil Bomba lah kan? Nasiblah Khidmat khas dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam pantas menyelamatkan seekor kucing yang tersekat pada lubang pintu.“Khidmat khas dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam di IKBN Bukit Mertajam. Kepala seekor kucing tersangkut dalam lubang pintu yang ditebuk. Nasib baik kepala kucing berjaya dikeluarkan…”Terima Kasih Abang BombaMenerusi perkongsian daripada Info Roadblock di laman Facebook rata-rata pengguna media sosial mengucapkan terima kasih kepada abam-abam Bomba yang sudi menyelamatkan si bulus yang nakal ini. Tak kurang juga yang kongsi telatah anak-anak bulus di rumah.“Bolos dinding itu,, Alhamdulillah nasib selamat”“Tak masal Abang Bomba datang”“Hey kucing-kucin yang bukan-bukan perangai, tak pasal bomba juga kena”Sumber: Inforoadblock