Kadang-kala, sesuatu yang luar biasa terjadi pada tubuh badan kita yang tidak menggangu aktiviti seharian kita mungkin boleh jadi satu masalah kesihatan yang kita tidak akan sangkakan.
Justeru daripada itu, sekiranya anda merasakan terdapat sesuatu perubahan atau pun mungkin kesakitan yang anda rasa anda boleh hadap, disarankan supaya segeralah berjumpa dengan pakar agar ianya boleh dicegah dan dirawat dengan lebih awal.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh doktor bernama Dr Ezairy M.Sallih di akaun Facebook miliknya, seorang pesakitnya yang berjumpa dengannya telah mengalami bengkak pada bahagian leher.
Tanpa disangka, bengkak itu sebenarnya adalah ketumbuhan yang telah menjejaskan kesihatannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Bengkak kat leher pesakit saya ni mulanya kecil sahaja. Dah 30 tahun pun. Tiba-tiba dalam masa beberapa bulan ini ia membesar. Sampai nak telan pun susah. Suara pun jadi kasar. Sampai kena guna tiub!
Semalam kami berjaya keluarkan ketumbuhan seberat 1.2 kilogram di leher pesakit ini. Besar sungguh. Alhamdulillah pagi ini beliau dah sihat. Nak makan pun mudah. Tiub yang bantu beliau makan selama ini pun kami dah cabutkan. Beliau pun boleh tersenyum.
Terima kasih semua staf yang terlibat dalam pembedahan ini, jururawat, MA, pegawai perubatan, kawan-kawan lain, dan Mr Hafiz yang guide kami sepanjang pembedahan ini.
Doakan pesakit saya ini terus sembuh dan hidup bahagia bersama ahli keluarganya!
Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung, Tekak & Leher
P/s : sekiranya kalian atau orang yang anda sayang mengalami apa-apa biji di bahagian leher, tiba-tiba ia membesar. Lebih bahaya sekiranya sehingga mengganggu anda untuk makan, minum dan bernafas. Jumpalah doktor. Ia mungkin sejenis ketumbuhan yang perlu dibimbangkan. Ia mungkin kanser.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih