Putrajaya, 1 Julai – Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi kategori isi rumah bakal menerima bantuan tambahan. Hal ini dimaklumkan Menteri Kewangan, YB Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu katanya, penerima BSH fasa ketiga dijadualkan menerima bayaran sebelum akhir Julai.
Selain itu, sebanyak 4.34 juta permohonan i-Lestari KWSP telah diluluskan dengan pengeluaran sebanyak RM2.17 bilion setakat 26 Jun lalu.
Peruntukan sebanyak RM1.63 bilion juga telah dibayar melalui program Geran Khas Prihatin (GKP) setakat 26 Jun lalu. Dana ini dipercayai dapat memberi manfaat kepada 544,500 pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro.
Di samping itu, manfaat sebanyak RM7.07 bilion juga telah diluluskan buat lebih 307,518 majikan untuk disalurkan kepada 2.46 juta pekerja di bawah Program Subsidi Upah.




Sumber: Menteri Kewangan