British Council Malaysia baru-baru ini menganjurkan sesi Study UK Pre-Departure Briefing (PDB) khas untuk para pelajar Malaysia yang bakal melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
Taklimat tersebut turut menampilkan panel alumni UK yang cukup dikenali, termasuk:
Dr. Amalina Bakri – Pakar Perubatan & Felo Akademik, Imperial College London
Kevin Yap – Naib Presiden, Lazada
Chia Yi Tay – Terapis Pertuturan & Bahasa, Hospital Tung Shin
Su San – Penyanyi & Penerbit Kreatif
Mazlina Sabtu – Pengurus Perkongsian Sektor Awam, WWF
Kelima-lima alumni ini berkongsi pengalaman peribadi mereka, cabaran serta nilai kehidupan yang dipelajari semasa belajar di UK, bukan sekadar dari segi akademik, tetapi juga pembangunan diri.
Dr. Amalina, yang kini bertugas di Imperial College London, menyifatkan pengalamannya sebagai peluang memperluas impak kerjayanya melalui penyelidikan, pengajaran dan advokasi kesihatan awam.
Sementara itu, Kevin Yap yang merupakan graduan University of Nottingham berkata pendidikan di UK banyak membantu beliau membina kemahiran kepimpinan, pemikiran kritikal dan komunikasi yang terus digunakan dalam dunia profesional hari ini.
Bagi Chia Yi Tay, graduan Bangor University Wales, sistem sokongan pelajar di sana sangat membantu proses adaptasi. Katanya, “Saya berpeluang belajar amalan penjagaan demensia yang lebih maju dan membawa ilmu itu pulang ke Malaysia.”
Taklimat ini turut mendapat kerjasama daripada UK Visas and Immigration (UKVI), British Universities’ International Liaison Association (BUILA) serta Chevening, bagi memastikan pelajar dan ibu bapa mendapat maklumat rasmi berkaitan visa, biasiswa, serta sistem pendidikan tinggi UK.

Menariknya, sesi ini bukan sahaja diadakan secara fizikal di Kuala Lumpur, tetapi juga secara dalam talian bagi memudahkan penyertaan pelajar dari seluruh Malaysia. Usaha ini mencerminkan komitmen British Council terhadap keterangkuman dan akses pendidikan.
Bagi yang terlepas sesi secara langsung, rakaman penuh boleh ditonton di:Facebook British Council Malaysia
Sesi ini turut disokong oleh Berkeley Group, syarikat pemaju hartanah terkemuka di UK yang berkongsi panduan berkaitan pasaran perumahan UK untuk pelajar dan keluarga mereka.
Pengarah British Council Malaysia, Jazreel Goh berkata:“Belajar di UK bukan hanya tentang akademik, tapi juga tentang pertumbuhan peribadi. Kami mahu pelajar rasa lebih bersedia, yakin dan tahu ke mana nak dapatkan bantuan apabila diperlukan.”
Berminat melanjutkan pelajaran ke UK?Layari: study-uk.britishcouncil.org
Muat turun panduan lengkap di: Study UK Guidebook dan ikuti info terkini di media sosial: @BritishCouncilMalaysia (FB), @my_british (IG & Twitter)