Satu video mengerikan yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah lori telah menjadi tular di media sosial.
Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Bakti Kebokta.
Dalam video itu, dapat dilihat bahawa perakam yang menaiki motosikal menunggang secara normal.
Namun selepas beberapa saat, sebuah lori yang berada di lorong kanan secara tiba-tiba hilang kawalan dan hampir melanggar sebuah kereta yang berada di lorong paling kiri jalan.

Perakam yang terlihat lori tersebut sedang terhuyung-hayang sempat memperlahankan kenderaannya.

Akibat daripada itu, lori yang hilang kawalan tersebut telah terbalik dan terseret hingga ke tepi jalan.

Mujur, kemalangan tersebut tidak melibatkan mana-mana kenderaan lain yang melalui jalan tersebut.
Selepas lori tersebut terbalik, dapat dilihat bahawa pemandunya keluar secara sendiri dan berjalan sambil memeriksa keadaan lorinya.


Tidak dapat dipastikan sama ada pemandu lori tersebut mengalami kecederaan atau pun tidak.
Menurut pengguna Facebook berkenaan, kejadian berlaku pada pagi tadi di lebuhraya sebelum susur keluar Shah Alam.
Video tersebut lantas menjadi tular. Sehingga kini, ianya telah dikongsi lebih seribu kali.
Sumber: Bakti Kebokta