
Brek Gagal Berfungsi, Tiga Kenderaan Remuk Dirempuh Lori Di Lebuhraya Persekutuan
Masalah brek dilaporkan menjadi punca sebuah lori merempuh tiga buah kenderaan dalam satu kemalangan yang terjadi di Lebuhraya Persekutuan pada pukul 1.30 petang semalam, lapor Utusan TV.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamis berkata, mereka yang terlibat dilaporkan berada dalam keadaan selamat.
Jelasnya, brek lori itu dipercayai telah gagal berfungsi dan menyebabkan lori hilang kawalan.
“Susulan kejadian itu, pemandu lori telah melanggar tiga buah kereta yang berada di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.
Siasatan kini sedang dijalankan dibawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mohamd Fakhrudin juga meminta mereka yang menjadi saksi dan berada di tempat kejadian diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan.
Sumber: Utusan TV
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang