Bos ‘Caring’ Buatkan Tangan Palsu Untuk Pekerja Kudung Kendali Excavator
Dalam dunia ini, kalau dapat jumpa majikan yang baik hati, penyayang dan mengambil berat tentang perkara yang berkaitan dengan pekerja, boleh dikatakan sebagai rezeki kerana untuk melakukan perkara itu bukan ‘mudah’ buat mereka.
Pekerja pastinya akan berasa gembira apabila mendapat tahu dirinya dijaga dengan baik oleh majikan dan perkara itu sekali gus membuatkan mereka mahu melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh.
Lebih-lebih lagi jika pekerja tersebut adalah orang kelainan upaya (OKU), yang tidak dapat merasai kebanyakan ‘nikmat’ dunia kerana fizikalnya tidak sempurna.
Apabila ada orang yang mengambil berat tentangnya, perkara itu membuatkan dia berfikir dunia ini masih tidak kejam, orang yang baik itu masih wujud.
Bos baik hati, hadiahi tangan palsu kepada pekerja
Seperti yang berlaku pada lelaki ini, di mana dia merupakan seorang OKU yang tidak mempunyai sebelah tangan atau kudung, dikasihi oleh majikannya.
Majikan yang merasakan lelaki itu bakal mengalami kesusahan apabila bekerja menggunakan excavator sebelah tangan memberikan ‘tangan palsu’ kepadanya supaya dapat meringankan bebannya.
Video tersebut dikongsi oleh Excavator ia menunjukkan situasi bos pekerja itu menghadiahkan tangan palsu kepada lelaki tersebut.
Kredit: Excavator/FacebookLelaki tersebut kemudiannya mencuba tangan palsu itu seperti yang diminta oleh majikannya.
Menurut majikan, tangan palsu itu bukanlah produk akhir yang akan diberikan kepada pekerja itu tetapi ia hanyalah percubaan untuk memastikan ia berfungsi seperti yang difikirkan.
Kredit: Excavator/FacebookTangan palsu itu mempunyai cengkaman di bahagian bahu dan bahagian hadapan diletakkan di gear. Ia hanya digunakan ketika lelaki tersebut menggunakan jengkaut.
Pun begitu tangan palsu tersebut masih perlu dibaiki kerana cengkaman di bahagian bahu tidak kuat.
Meskipun tindakan majikan itu dilihat seperti perkara biasa namun ia disifatkan sebagai perbuatan yang bertimbang rasa, di mana majikan tersebut sedar bahawa pekerjanya tidak cukup sifat dan dia mengambil inisiatif membantu menghasilkan tangan palsu dan bukannya memecat lelaki tersebut.
Majikan tersebut turut mengatakan lelaki itu adalah seorang pekerja yang baik dan cepat belajar. Walaupun dirinya tidak sempurna namun dia berhasil melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.
Jadi, apakah alasan kita yang cukup sifat ini untuk bekerja sambil lewa?
Sumber: Excavator/Facebook