
BONIA perkenalkan koleksi terbaru, Elegance BNB10872, jam tangan yang diinspirasikan daripada kelopak bunga mekar, menyerlahkan sisi feminin dengan dial berbentuk floral, jarum berbentuk daun, serta 44 kristal berkilau yang mencuri perhatian.
Dengan saiz 31mm dan diperbuat daripada keluli tahan karat, rekaan ini menggabungkan keanggunan dan ketahanan. Dilengkapi pergerakan kuarza Jepun yang tepat, ia sesuai untuk wanita yang berani melangkah dengan penuh keyakinan.





Koleksi ini hadir dalam lima pilihan warna menawan, daripada tona lembut hingga ke midnight bold. Elegance BNB10872 bukan sekadar jam tangan, tetapi simbol gaya dan detik bermakna.