Seorang lelaki yang mempunyai masalah penglihatan telah diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terjatuh ke dalam longkang besar setinggi 22 kaki di bawah Jambatan Saloma, semalam.
Menurut laporan Kosmo, Pusat Gerakan Bomba Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 4.27 petang.
“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya bomba di lokasi menemui seorang lelaki berusia 46 tahun yang mempunyai masalah penglihatan terbatas berada di tebing longkang besar terbabit,” katanya memetik Kosmo.
Operasi menaikkan mangsa seterusnya dijalankan dan mangsa akhirnya berjaya diselamatkan pada pukul 5.06 petang.
Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahu, kaki dan tangan dan telah diserahkan kepada pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.
Sumber: Kosmo