Seramai 11 individu dilaporkan terkandas susulan kejadian kepala air di kawasan air terjun Sungai Pinang, Jalan Batang Kali dekat Hulu Selangor.
Memetik daripada laporan berita, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa ketika ini sedang berusaha keras untuk menyelamatkan kesemua mangsa yang terkandas.
Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.
Berita lanjut bakal menyusul.
Sumber: Bernama