Ketika musim banjir ini, pasti mangsa-mangsa yang beragama Islam menghadapi kesukaran mendapatkan air bersih untuk berwuduk.
Mana tidaknya, sumber air bersih sudah pun tenggelam dek kerana banjir, malah satu-satunya sumber yang sedia ada ketika ini hanyalah air banjir yang berlumpur dan kotor.
Jadi, bagaimanakah solusinya untuk mangsa banjir mengambik wuduk? Adakah dibolehkan menggunakan air banjir yang kotor itu atas sebab ‘darurat’?
Mari ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Gambar hiasan | Kredit: GoogleSoalan :
Assalamualaikum Datuk Mufti, sekiranya ketiadaan air bersih, adakah mangsa banjir perlu menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci ataupun bertayamum ?
Jawapan:
Pendapat kami, dibolehkan untuk mangsa banjir menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci.
Kata al-Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili:
“Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.
Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan.”
Rujuk al-Muktamad fi Fiqh al Syafie (1/38).
Wallahua`lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan