Baru-baru ini, tular di media sosial video TikTok yang menunjukkan sekumpulan pelajar Jepun melawat masjid di Tokyo.
Netizen rata-ratanya terpegun dengan adab sopan para pelajar ini yang sangat tertib walaupun berada di tempat ibadah agama lain.
Pelajar-pelajar ini berpakaian sopan dan menyusun kasut mereka dengan rapi sebelum masuk ke dalam masjid.
Ekoran video tersebut, salah seorang netizen tertanya-tanya pandangan umum jika anak-anak Muslim melawat tempat ibadah agama lain.
Ikuti penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Twitter rasmi berhubung persoalan ini.